Tuesday, July 1, 2014

detoks ramadan sihat syawal 2014 ~DRSS 2014

DRSS 2014 tahun 2007 permulaan pada tahun detoks kami... sibuk menjaga anak kedua - dalam 6 bulan dan pertama 2 tahun.. namun atas permintaan dan keperluan pada masa itu, kami cuba untuk mencari 'mangsa-mangsa' yang inginkan ramadan yang diisi dengan optimal.. keputusan yang kami perolehi adalah sangat memberangsangkan.. mesin penimbang kami seolah-olah mengejek peserta yang mengikuti program kami.. apa tidaknya, penurunan berat badan adalah sangat di luar jangkaan, ada yang boleh turun sehingga 6 kg.. kami meneruskan program ini pada tahun seterusnya, 2008, 2009.. hasil yang kami dapat tetap sangat positif. namun ada satu masalah - penyediaan makanan dan pengambilannya.. kakitangan yang terlibat adalah 3-4 orang sahaja, menu perlu disiapkan adalah untuk 4 jenis.. untuk sepanjang masa berbuka sehingga sahur.. tukang masak pula ada anak kecil! peserta berasakan masalah mengambil dan menjalankan sauna dan senaman ringan adalah suatu perkara yang leceh, kerana posisi kedai kami adalah di tengah bandar dan sangat berdekatan dengan pasar ramadan. bayangkan betapa sesaknya di luat kedai kami pada masa petang!! jadi 2010, kami mula keluar dari kedai, kami cuba untuk masuk dalam program di tv3, namun mungkin kerana terlalu singkat masa permohonan, program kami tidak diterima.. kami mengadakan road show - ke hospital-hospital untuk memberikan input kepada pesakit-pesakit dan staf hospital, ke sekolah-sekolah dan universiti. kami menyediakan makanan berkaitan dan memberikan secara percuma.. jadi bermula di situ detoks ramadan, sihat syawal kit.. kelemahan yang ada pada kit adalah kurang boleh memantau perubahan yang berlaku.. itu cerita 2010 sekarang tahun ini, peminat spa muslimah bertambah! terima kasih kepada facebook, whatsapp dan kesedaran masyarakat pada keperluan makanan sihat dan optimal dalam usaha menjadikan tubuh badan sihat, maka insya Allah DRSS 2014 akan menjadi suatu platform bagi mencapai tujuan tersebut

No comments: